Bahan-bahan
Banana Chocolate Sandwich
113 g mentega
75 g gula halus
1 biji telur Gred A kuning sahaja
300 g tepung halus (tepung gandum pun ok)
Bahan lain:
Pisang di hiris sederhana nipis
Coklat masakan di potong2 kecil2
Cara-cara:
1. UNTUK PASTRY:- Dalam satu bekas, satukan mentega dan gula. Kacau menggunakan wisk hingga gula hancur. Masukkan telur dan terus mengacau hingga berkrim. Masukkan tepung sedikit demi sedikit sambil diadun menggunakan spatula hingga adunan menjadi doh yg lembut. Bungkus dgn plastik dan dinginkan dalam peti sejuk selama 30 min.
2. Kemudian untuk mencanai, taburkan sedikit tepung dan canai sederhana tebal. Jika doh masuk lembut, gaulkan bersama sedikit tepung lg sehingga boleh di canai. Menggunakan acuan atau cutter berbentuk bulat, tekap adunan.
3. Lapikkan tray bersama baking paper. Susun adunan yg telah di tekap di atasnya. Kemudian letakkan sekeping pisang yg telah dipotong dan kemudian letakkan coklat di atasnya. Ambil lg sekeping adunan dan letak di atas nya kemudian tekan di sekelilingya. Buat sehingga habis.
4. Bakar pada suhu 175 darjah celcius selama 20 min atau sehingga keperangan di bawahnya.
Selamat mencuba! :)
.jpg)
0 comments:
Post a Comment