Feel Your Heart

Coffe Mouse


Bahan-bahan


Special for Her By Afiqz

5 oz / 150g coklat susu, sekurang-kurangnya 30% pepejal koko
2 daun gelatin / 1/2 sudu besar gelatin
4 sudu besar serbuk kopi segera
1 1/2 cawan / 300ml whippingcream
2 biji telur
1 1/2 Sudu Besar krimer
secubit garam
1 1/2 Sudu Besar Gula
whippedcream, untuk hiasan / topping
serbuk koko, untuk menghiasi

Cara-cara

Persediaan mase masakkan: 40min. campur 4 jam penyejukkan

1. masukkan coklat dan cairkan dalam mangkuk dan letakkan ke atas kuali air menggelegak. rendam gelatin dalam air sejuk. campurkan serbuk kopi tadi dengan sedikit cawan (100 ml) 1/2 krim

2. asingkan 1 telur dan pukul kuning telur dan seluruh telur dengan krim kopi di dalam mangkuk yg di atas kuali air menggelegak td, sehingga pekat dan berkrim. Perah gelatin dan kacau ke dalam campuran sehingga sebati.Keluarkan mangkuk td dari kuali panas dan menambah coklat dan krimer. kacau sehingga sejuk.

3.pukul putih telur td dengan sedikit garam sehingga sebati,dan masukkan dalam gula pada masa yang sama. pukul krim baki td sehingga sebati/ pekat  dan masukkan kedua-duenye td ke dalam campuran kopi .

4.bahagikan mousse td antara 4 hidangan dan sejukkan di Peti sejuk sekurang-kurangnya 4 jam.

5.untuk nk hidang nanti, tambah la topping krim yg pekat dan debu dahulu dan taburkan sedikit sedikit serbuk koko ke atas krim td..siap la hidangan anda

Selamat Mencube :D

 

Mushroom Pizza


Bahan-bahan


Resepi ni utk 2 Biji ukuran pizza 9 inci....

Roti pizza:
1 1/3 cawan air
2 Sudu teh gula
1 1/4 Sudu teh Garam
2 Sudu besar minyak zaitun
2 cawan tepung gandum
1 cawan tepung roti (bread flour)
1 Sudu teh baking powder
1 1/2 Sudu teh yis
1 Sudu teh oregano


Cara buat: 
**guna tangan

1) masukkan air, gula, Garam Dan minyak zaitun dalam mangkuk. Kacau gula Dan Garam tu sampai larut Dlm air. Ketepikan.

2) dalam mangkuk lain, masuk kan yis, tepung2, baking powder, Dan oregano...Gaul sebati..

3) kemudian, masukkan bahan2 air yg larut tdi ke dalam tepung yg dh sebati.... Gaulkan sehingga Doh sebati. Rasa Dgn tangan, jika Doh tu terlebih air atau Lembik, letak kan lagi sikit tepung gandum sampai Doh jdi tak melekat pada tangan. Ala2 org buat roti gitu... Hihi...

4) rest kan Doh tdi selama 10-15 minit, tutup Doh Dgn kain bersih Dan biarkan selama 45 minit. Doh Akan membesar sekali Ganda Dan gebu. Then, Selepas 45 minit, tumbuk2 sikit Doh yg gebu tu bagi Keluar angin... Bahagiakan kepada 2 Bahagian sbb Ada dua loyang pizza.

Perhatian: sementara nk Tunggu Doh tu naik, boleh lah buat toppingnya.

Bahan2 topping:

1 Biji bawang besar (dihiris halus)
1 Biji bawang Putih (dihiris halus)
1 tin cendawan butang (hiris kasar)
400 g daging cincang
220 g pizza sauce atau boleh diganti Dgn prengo perisa tradisional
Mozzarella cheese shredded 
Cheddar cheese shredded
* dua2 cheese ni Suka hati nk letak Bnyk mana ikut kesukaan
Paparoni beef
1 Sudu teh mix herbs
Lada hitam ikut Suka
Garam
Sedikit minyak

Cara2:

1) panaskan minyak dalam kuali, masukkan bawang besar dn bawang putih. Goreng sampai layu.

2) kemudian, masukkan daging Dan Gaul sebati. 

3) masukkan pula pizza sauce Dan cendawan butang. gaul sebati.

4) then masukkan mix herbs, Garam, lada hitam. Ni ikut Suka dn citarasa korang. Kalo rasa nk pedas sikit letak lah lebih lada hitam. 

5) agak2 daging dh masak, tutup API Dan sedia utk dihias.

6) sediakan pizza pan, sapukan sikit minyak zaitun,... Tekan Doh yg dh siap tadi ikutacuan pan. Letakkan daging yg dh masak dn ratakan. Kemudian letak kan cheese. **kalo nk dptkn pizza yg boleh Tarik panjang McM pizza hut tu, letak kan daging bersilang seli Dgn cheese... Buat lah tebal2 mana yg korang nk... Atas sekali, letak lah paparoni... Hihi... Kalo Suka boleh letak meat ball pun nenas Dlm tin. Nk Cantik lagi boleh letak capsicum hijau, kuning Dan merah. Topping ni ikut citarasa sendiri k...yg diajar ni basic jer... Huhu....

Yeay!! Pizza dh cantik dihias, Tunggu utk dibakar. Sila bakar selama 25-30 minit Dgn suhu 180 darjah Celsius.... 

**pizza yg dh siap Dan belum dibakar ni boleh simpan Dlm peti Sejuk. Tpi sblm tu, tutup pizza Dgn plastic dupatta pizza x kering. 



 

Cheese Cake Special



Bahan-bahan




Bahan base 

4 cawan biskut Marie (yang dikisar halus)
1 cawan almond (dikisar)
½ cawan gula halus
½ cawan mentega (dicairkan)
Bahan atas
3 sudu teh tepung kastard
3 sudu teh air
455gm cream cheese
1 ½ cawan gula kastor
Secubit garam
1 sudu teh esen vanilla
1 sudu teh jus lemon
2 cawan sour cream
6 biji telur (asing putih kuning)
1 sudu teh lemon zest (amik sikit kulit lemon pakai garfu)

Cara membuat base
Gaulkan kesemua bahan dalam bekas yang sesuai dan kering
Sapukan sedikit mentega pada loyang (spring form pan) dan tekankan adunan ke dalamnya
Bakar pada 175 darjah selama 15 minit. Ketepikan

Cara membuat atasnya
Larutkan tepung kastard bersama air di dalam bekas yang sesuai
Pukul adunan tepung kastard bersama cream cheese dan gula sehingga cukup gebu
Tambah garam, esen vanilla, jus lemon. Gaul rata
Tambah sour cream, kuning telur, lemon zest. Gaul rata
Di dalam bekas yang berlainan, pukul putih telur hingga gebu. Masukkan ke dalam adunan
Tuang adunan ke dalam loyang yang mengandungi base dan bakar pada 175 darjah selama 45-60 minit. Tinggalkan loyang di dalam oven selama 1 jam selepas itu dengan pintu oven terbuka. Hias dengan hirisan lemon dan hidang
Cadangan Hidangan:
Hias dengan hirisan lemon dan hidang
 

Dorayaki


Bahan-bahan


Dorayaki ( 10 biji )


100 tepung gandum
½ sudu kecil baking soda
60 gm gula halus
2 sudu besar madu(saya pakai madu kurma)
2 biji telur
½ sudu besar minyak masak
½ sudu kecil esen vanilla
2 sudu sy apple cider vinegar (cuka kurma dan etc juga boleh)
Inti: kacang merah yg manis,kaya,jem buahan mengikut citarasa.

Cara membuat:

Dalam mangkuk besar, pukul telur bersama gula sehingga kembang. Masukkan madu, minyak dan esen vanilla. Kacau sehingga sebati. Masukkan tepung dan baking soda yg telah diayak ke dalam campuran telur. Kacau adunan secara kaup balik. Boleh tambah sedikit susu segar/cair jika adunan terlalu pekat.(saya pakai plain water sahaja) Panaskan kuali yg tidak melekat (non-stick pan) dengan api kecil, masukkan 1/4 cawan adunan buat bulatan bersaiz 4". Masakkan sebelah bawah sehingga berwarna perang, masak sebelah atas pula sehingga adunan nampak masak. Ulang sampai habis (20 keping).Letak inti.
Selamat mencuba! :)
 

Biscuit Marrie Cheese


Bahan-bahan



1 Cake

krim cheese 500g
susu manis 1 tin 505g
biskut marrie
chees cheedder

CARA2

pukul sebati krim chees dgn susu manis hngga sebati,lpas tu masukan sdikit dlm acuan ratakan lepas tu susun biskut marrie n lapis lg dgn krim cheese sterusnya lakukan smpai hbs..lpas tu parutkan di atas cheese cheedder..kemudian simpan dlm peti sejuk...sedap di makan sejuk2...

selamat mencuba!!! :)
 

Caramel Pudding Without Egg


Bahan-bahan



Bahan Karamel:
2 sudu besar gula dijadikan karamel.

Bahan Puding:
Bahan A:
1 paket agar-agar serbuk (*saya guna agar-agar serbuk 25gm)
12 cawan air (3 liter)
2 cawan gula
** Semua bahan di atas dimasak.

Bahan B:
1/2 cawan susu pekat manis (*biasa orang guna 1 tin susu cair)
*saya guna susu pekat sebab xde susu cair.. he3
3 sudu besar tepung jagung
1/2 cawan air
sedikit esen vanila
sedikit pewarna kuning
** Campurkan semua bahan di atas.

Cara-cara:

1. Masak bahan A sehingga mendidih.
2. Masukkan bahan B ke dalam bahan A. Kacau sehingga sebati dan agak likat.
3. Setelah pekat, tuang ke dalam acuan karamel.
4. Sejukkan di dalam peti sejuk.
 

Vanilla IceCream


Bahan-bahan

Untuk 1 Bekas

2 cawan susu full cream dutch lady
2 cawan coffee mate
1-2 sdb gula (optional)

Cara-cara

Blend semua bahan di atas sampai berbuih.
Sejukkan dalam freezer selama 2-3 jam.
Blend sekali lagi dan sejukkan sampai beku. Sedia untuk di makan.
 

Durian Crepe


Bahan-bahan 

Durian Crepe( 30 bantal )

250grm tepung gandum
2 biji telur
500ml santan
1/2 sudu teh garam
Pewarna (ikut suka nak warna apa. saya selalu buat warna hijau&kuning telur)
Filling**
1 cawan Non Dairy Whipping Creme yang sudah dipukul kental
Isi Durian yg telah dilenyek.


Cara-cara

Campur semua bahan kemudian blender dan tapis.
Panaskan non-stik pan dengan api yang kecil.
Tuang 1 senduk adunan dan ratakan hingga menjadi crepe. (tak perlu terbalikkan dan biarkan permukaan atas kering. Angkat dan biarkan sejuk.
Bentangkan sekeping crepe dan letakkan whipping cream ditengah-tengah,lapis dengan isi durian, tutup semula dengan whipping cream. Akhir sekali lipat dan simpan didalam peti sejuk.


 

Pavlova


Bahan-bahan

Pavlova roll

4 biji putih telur
1 cawan gula castor - ita letak 3/4 cawan
1 sudu besar tepung jagung
1 sudu teh esen vanila
1 sudu teh cuka makan

Sediakan loyang
Alas loyang dengan baking paper.
Jika guna kertas minyak, sapukan sedikit minyak atau spray kertas dengan kek gris
Panaskan oven dengan api bawah 170 C nanti bila dah masukkan pavlova turunkan suhu kepada 120-100C

*Tips memukul putih telur
Pastikan tiada sedikit pun telur kuning
Pastikan bekas bersih dari sebarang gris atau minyak
Sebelum memasukkan putih telur ke dalam mixer, sapukan sedikit cuka masakan pada bekas mixer supaya semua lemak atau bahan gris terhapus. 

Pukul putih telur dengan kelajuan maksima hingga gebu
Masukkan gula sedikit-sedikit dan terus pukul hingga kental.
Satukan tepung jagung, esen vanila dan cuka dlm bekas kecil
Kacau rata hingga semua bahan larut
Masukkan dalam adunan telur tadi dan gaul rata dengan spatula aje dengan kaedah kaup balik.
Masukkan adunan dalam piping bag
Guna nozel bentuk bunga
Letakkan adunan atas baking paper secara memanjang
*Jika guna kertas minyak, sapukan sedikit minyak atau spray kertas dengan kek gris 
Jangan terlalu tebal dan jangan terlalu nipis
Masukkan dalam oven dan bakar pada suhu 120-100C selama 1 jam hingga 1 jam 15 minit atau sehingga permukaan pavlova kering dan keras.
Tutup oven dan biarkan pavlova dalam oven dengan pintu oven direnggangkan sedikit, sehingga ia sejuk dan kering sepenuhnya


Bahan Hiasan
Non Dairy Wiping Cream
Strawberry - di dadu
Kiwi - didadu
blueberry
Markisa

Whiping Cream di pukul dgn kelajuan maksima hingga kental
Pavlova yang telah sejuk tadi, diterbalikkan atas sekeping kertas minyak
Letakkan whipping cream di atasnya
Untuk mengulung tak kisah nak guna jaluran melintang atau menegak, ikut keselesaan 
Kemudian taburkan pula buah-buah yang telah dipotong tadi
Gulung pavlova dengan berhati-hati seperti membuat kek gulung
Taburkan lagi buah-buahan
Teruskan mengulung dengan kemas 
Hendak mudah menggulung, gulung sekali dengan kertas minyak 
Bungkus dengan kertas minyak dan simpan dalam peti ais sehingga krim mengeras paling kurang 4 jam lebih elok semalaman.
Potong dan hiaskan dengan taburan markisa

 

Nigella Pizza


Bahan-bahan

1 biji telur
2/3 cawan tepung gandum
1cawan susu segar
garam
serbuk lada hitam
1 cawan keju cheddar yg diparut
hirisan sosej untuk topping.boleh juga kalau nak tambah capsicum atau hirisan daging ayam.
mix herbs

Cara-cara

-masukkan telur,tepung,garam,lada hitam dan susu segar.
-gaul rata sehingga menjadi 1 adunan
-masukkan separuh dari keju ke dalam adunan.tinggalkan lagi separuh untuk -ditabur atas piza nanti
-tuang ke dalam bekas yang bersesuaian dan bakar selama 30min pada suhu 200c atau sehinnga bahagian tepi keperangan,
-taburkan sosj dan cheese serta mix herbs di atas pizza dan bakar semula lebih kurang 5 minit.
-siap untuk dihidang!

Selamat mencuba! :)




 

Banana Chocolate Sandwich


Bahan-bahan

Banana Chocolate Sandwich

113 g mentega
75 g gula halus
1 biji telur Gred A kuning sahaja
300 g tepung halus (tepung gandum pun ok)

Bahan lain:
Pisang di hiris sederhana nipis
Coklat masakan di potong2 kecil2


Cara-cara:
1. UNTUK PASTRY:- Dalam satu bekas, satukan mentega dan gula. Kacau menggunakan wisk hingga gula hancur. Masukkan telur dan terus mengacau hingga berkrim. Masukkan tepung sedikit demi sedikit sambil diadun menggunakan spatula hingga adunan menjadi doh yg lembut. Bungkus dgn plastik dan dinginkan dalam peti sejuk selama 30 min.
2. Kemudian untuk mencanai, taburkan sedikit tepung dan canai sederhana tebal. Jika doh masuk lembut, gaulkan bersama sedikit tepung lg sehingga boleh di canai. Menggunakan acuan atau cutter berbentuk bulat, tekap adunan.
3. Lapikkan tray bersama baking paper. Susun adunan yg telah di tekap di atasnya. Kemudian letakkan sekeping pisang yg telah dipotong dan kemudian letakkan coklat di atasnya. Ambil lg sekeping adunan dan letak di atas nya kemudian tekan di sekelilingya. Buat sehingga habis.
4. Bakar pada suhu 175 darjah celcius selama 20 min atau sehingga keperangan di bawahnya.

Selamat mencuba! :)



 

Oreo Cheese


Bahan-bahan

Untuk Satu Kek
  1. 200 gm Oreo (buangkan krimnya)-hancurkan
  2. 60 gm mentega (dicairkan)
  3. 1 biji lemon (diambil jusnya)
  4. 500 gm krim keju (creamcheese)
  5. 65 gm mentega (pada suhu bilik)
  6. 100 gm gula halus
  7. 2 sudu besar gelatine
  8. 300 ml whipping cream
  9. 100 gm biskut Oreo - dipotong 4

Cara-cara

1. Gaulkan 60gm butter bersama 200gm biskut Oreo tadi dan bubuh ke dalam loyang kek keju (bulat) lalu tekan hingga mampat. Masukkan ke dalam peti sejuk.
2. Pukul whip cream sehingga pekat dan ketepikan.
3. Pukul krim keju bersama 65gm butter dan gula sehingga kembang dan putih.
4. Campurkan jus lemon dgn gelatine dan panaskan dlm microwave oven lalu kacau hingga gelatine larut.
5. Masukkan whip cream ke dalam mixture krim keju tadi (3) dan bubuh gelatine dan biskut Oreo. Gaul sehingga rata.
6. Sejukkan dalam peti sejuk selama 4-5 jam.
 

Red Velvet Cake



Bahan-bahan (1biji kek)


Kek (Sila guna penyukat khas)
  1. 2 1/2 cup tepung kek (1 cup tepung kek = 2 sudu kecil cornstarch dlm 1 measuring cup n isikan selebihnya dgn all purpose flour. ayak 3 kali.)
  2. 1 sudu kecil serbuk penaik diayak
  3. 2 sudu besar serbuk koko tanpa pemanis (biasanya guna van houten)
  4. 2 oz pewarna merah (kalau xtau sukat dlm oz, campurkan dengan serbuk koko sampai boleh jadi pes pun cukup)
  5. 1/2 cup butter
  6. 1 1/2 cup gula
  7. 2 biji telur pada suhu bilik
  8. 1 sudu kecil ekstrak vanila/ 2 sudu kecil esen vanila
  9. 1 cup buttermilk pada suhu bilik. kalau xdpt beli kat kedai, resipinye ade di bawah
  10. 1 sudu kecil cuka putih
  11. 1 sudu kecil sodium bikarbonat/baking soda
  12. Buttermilk
  13. 1 cup (240 ml) susu kotak full cream
  14. sama ada 1 3/4 sbesar cream of tartar atau 1 sbesar cuka putih atau 1 sbesar jus lemon
  15. Cream cheese frosting
  16. 2 buku cream cheese, dilembutkan
  17. 1/2 cup butter dilembutkan
  18. 1 sudu kecil ekstrak vanila/ 2 sudu kecil esen vanila
  19. 2 cup gila icing, diayak. kalau xsuke manis boleh kurangkan gula tp saya guna 2 1/2 cup

Cara-cara


BUTTERMILK: campurkan tartar atau cuka atau jus lemon pada susu dan biarkan selama 15 minit. Kacau rata sebelum guna. Ataupun campurkan 3/4 cup plain yoghurt bersama 1/4 cup susu pun boleh jugak. Ikut mane yang sesuai.
KEK: sapukan butter pada 2 loyang bulat bersaiz 9 inci ataupun 3 loyang bulat bersaiz 8 inci. Panaskan oven pada suhu 170 darjah celsius.
Ayakkan bersama tepung kek dan serbuk penaik di dalam satu bekas sederhana. Di dalam satu bekas kecil, gaulkan serbuk koko dengan pewarna merah sehingga menjadi pes yang tidak berketul.
Dalam satu bekas besar, pukul butter dengan gula sehingga kembang. Masukkan telur satu per satu, kemudian masukan esen vanila dan pes koko merah tadi. Ratakan campuran dengan spatula sambil memukul.
Perlahankan mixer, masukkan 1/3 daripada tepung dan pukul rata, kemudian masukkan 1/2 daripada buttermilk, pukul rata lagi. Masukkan 1/3 lagi tepung,pukul dan semua buttermilk,pukul dan kemudian kesemua tepung yang tinggal.
Campurkan cuka dengan baking soda dalam satu bekas kecil. Nanti die berbuih. Cepat2 campurkan dalam adunan kek dan gaul kemudian masukkan dalam loyang dan bakar.
Bakar pada suhu 170 darjah celsius selama 25-30 minit. Kek ni moist, so kene cek awal. Bile cucuk dengan lidi je dah bersih, keluarkan dari oven.
Sejukkan kek selama 10 minit sebelum keluarkan dari loyang. Pastikan kek dah betul2 sejuk sebelum letak frosting.

CREAM CHEESE FROSTING: Pukul butter dengan cream cheese sampai halus, perlahankan mixer dan tambahkan gula icing dan esen vanila.
Untuk letak frosting, terbalikkan kek pertama supaya bahagian kek yang rata di atas, sapu frosting di bahagian rata kek,lagi tebal lagi sedap. kemudian letakkan kek yang kedua atas kek tadi, bahagian yang rata menghadap bawah. kemudian sapu frosting di seluruh kek.
Kek ni sedap kalau dah masuk dalam peti sejuk lepas tu keluarkan sekejap bagi die xkeras, baru makan.