Pandora Pastry Lover ♥

Feel Your Heart

Coffe Mouse


Bahan-bahan


Special for Her By Afiqz

5 oz / 150g coklat susu, sekurang-kurangnya 30% pepejal koko
2 daun gelatin / 1/2 sudu besar gelatin
4 sudu besar serbuk kopi segera
1 1/2 cawan / 300ml whippingcream
2 biji telur
1 1/2 Sudu Besar krimer
secubit garam
1 1/2 Sudu Besar Gula
whippedcream, untuk hiasan / topping
serbuk koko, untuk menghiasi

Cara-cara

Persediaan mase masakkan: 40min. campur 4 jam penyejukkan

1. masukkan coklat dan cairkan dalam mangkuk dan letakkan ke atas kuali air menggelegak. rendam gelatin dalam air sejuk. campurkan serbuk kopi tadi dengan sedikit cawan (100 ml) 1/2 krim

2. asingkan 1 telur dan pukul kuning telur dan seluruh telur dengan krim kopi di dalam mangkuk yg di atas kuali air menggelegak td, sehingga pekat dan berkrim. Perah gelatin dan kacau ke dalam campuran sehingga sebati.Keluarkan mangkuk td dari kuali panas dan menambah coklat dan krimer. kacau sehingga sejuk.

3.pukul putih telur td dengan sedikit garam sehingga sebati,dan masukkan dalam gula pada masa yang sama. pukul krim baki td sehingga sebati/ pekat  dan masukkan kedua-duenye td ke dalam campuran kopi .

4.bahagikan mousse td antara 4 hidangan dan sejukkan di Peti sejuk sekurang-kurangnya 4 jam.

5.untuk nk hidang nanti, tambah la topping krim yg pekat dan debu dahulu dan taburkan sedikit sedikit serbuk koko ke atas krim td..siap la hidangan anda

Selamat Mencube :D

READMORE
 

Mushroom Pizza


Bahan-bahan


Resepi ni utk 2 Biji ukuran pizza 9 inci....

Roti pizza:
1 1/3 cawan air
2 Sudu teh gula
1 1/4 Sudu teh Garam
2 Sudu besar minyak zaitun
2 cawan tepung gandum
1 cawan tepung roti (bread flour)
1 Sudu teh baking powder
1 1/2 Sudu teh yis
1 Sudu teh oregano


Cara buat: 
**guna tangan

1) masukkan air, gula, Garam Dan minyak zaitun dalam mangkuk. Kacau gula Dan Garam tu sampai larut Dlm air. Ketepikan.

2) dalam mangkuk lain, masuk kan yis, tepung2, baking powder, Dan oregano...Gaul sebati..

3) kemudian, masukkan bahan2 air yg larut tdi ke dalam tepung yg dh sebati.... Gaulkan sehingga Doh sebati. Rasa Dgn tangan, jika Doh tu terlebih air atau Lembik, letak kan lagi sikit tepung gandum sampai Doh jdi tak melekat pada tangan. Ala2 org buat roti gitu... Hihi...

4) rest kan Doh tdi selama 10-15 minit, tutup Doh Dgn kain bersih Dan biarkan selama 45 minit. Doh Akan membesar sekali Ganda Dan gebu. Then, Selepas 45 minit, tumbuk2 sikit Doh yg gebu tu bagi Keluar angin... Bahagiakan kepada 2 Bahagian sbb Ada dua loyang pizza.

Perhatian: sementara nk Tunggu Doh tu naik, boleh lah buat toppingnya.

Bahan2 topping:

1 Biji bawang besar (dihiris halus)
1 Biji bawang Putih (dihiris halus)
1 tin cendawan butang (hiris kasar)
400 g daging cincang
220 g pizza sauce atau boleh diganti Dgn prengo perisa tradisional
Mozzarella cheese shredded 
Cheddar cheese shredded
* dua2 cheese ni Suka hati nk letak Bnyk mana ikut kesukaan
Paparoni beef
1 Sudu teh mix herbs
Lada hitam ikut Suka
Garam
Sedikit minyak

Cara2:

1) panaskan minyak dalam kuali, masukkan bawang besar dn bawang putih. Goreng sampai layu.

2) kemudian, masukkan daging Dan Gaul sebati. 

3) masukkan pula pizza sauce Dan cendawan butang. gaul sebati.

4) then masukkan mix herbs, Garam, lada hitam. Ni ikut Suka dn citarasa korang. Kalo rasa nk pedas sikit letak lah lebih lada hitam. 

5) agak2 daging dh masak, tutup API Dan sedia utk dihias.

6) sediakan pizza pan, sapukan sikit minyak zaitun,... Tekan Doh yg dh siap tadi ikutacuan pan. Letakkan daging yg dh masak dn ratakan. Kemudian letak kan cheese. **kalo nk dptkn pizza yg boleh Tarik panjang McM pizza hut tu, letak kan daging bersilang seli Dgn cheese... Buat lah tebal2 mana yg korang nk... Atas sekali, letak lah paparoni... Hihi... Kalo Suka boleh letak meat ball pun nenas Dlm tin. Nk Cantik lagi boleh letak capsicum hijau, kuning Dan merah. Topping ni ikut citarasa sendiri k...yg diajar ni basic jer... Huhu....

Yeay!! Pizza dh cantik dihias, Tunggu utk dibakar. Sila bakar selama 25-30 minit Dgn suhu 180 darjah Celsius.... 

**pizza yg dh siap Dan belum dibakar ni boleh simpan Dlm peti Sejuk. Tpi sblm tu, tutup pizza Dgn plastic dupatta pizza x kering. 



READMORE
 

Cheese Cake Special



Bahan-bahan




Bahan base 

4 cawan biskut Marie (yang dikisar halus)
1 cawan almond (dikisar)
½ cawan gula halus
½ cawan mentega (dicairkan)
Bahan atas
3 sudu teh tepung kastard
3 sudu teh air
455gm cream cheese
1 ½ cawan gula kastor
Secubit garam
1 sudu teh esen vanilla
1 sudu teh jus lemon
2 cawan sour cream
6 biji telur (asing putih kuning)
1 sudu teh lemon zest (amik sikit kulit lemon pakai garfu)

Cara membuat base
Gaulkan kesemua bahan dalam bekas yang sesuai dan kering
Sapukan sedikit mentega pada loyang (spring form pan) dan tekankan adunan ke dalamnya
Bakar pada 175 darjah selama 15 minit. Ketepikan

Cara membuat atasnya
Larutkan tepung kastard bersama air di dalam bekas yang sesuai
Pukul adunan tepung kastard bersama cream cheese dan gula sehingga cukup gebu
Tambah garam, esen vanilla, jus lemon. Gaul rata
Tambah sour cream, kuning telur, lemon zest. Gaul rata
Di dalam bekas yang berlainan, pukul putih telur hingga gebu. Masukkan ke dalam adunan
Tuang adunan ke dalam loyang yang mengandungi base dan bakar pada 175 darjah selama 45-60 minit. Tinggalkan loyang di dalam oven selama 1 jam selepas itu dengan pintu oven terbuka. Hias dengan hirisan lemon dan hidang
Cadangan Hidangan:
Hias dengan hirisan lemon dan hidang
READMORE
 

Dorayaki


Bahan-bahan


Dorayaki ( 10 biji )


100 tepung gandum
½ sudu kecil baking soda
60 gm gula halus
2 sudu besar madu(saya pakai madu kurma)
2 biji telur
½ sudu besar minyak masak
½ sudu kecil esen vanilla
2 sudu sy apple cider vinegar (cuka kurma dan etc juga boleh)
Inti: kacang merah yg manis,kaya,jem buahan mengikut citarasa.

Cara membuat:

Dalam mangkuk besar, pukul telur bersama gula sehingga kembang. Masukkan madu, minyak dan esen vanilla. Kacau sehingga sebati. Masukkan tepung dan baking soda yg telah diayak ke dalam campuran telur. Kacau adunan secara kaup balik. Boleh tambah sedikit susu segar/cair jika adunan terlalu pekat.(saya pakai plain water sahaja) Panaskan kuali yg tidak melekat (non-stick pan) dengan api kecil, masukkan 1/4 cawan adunan buat bulatan bersaiz 4". Masakkan sebelah bawah sehingga berwarna perang, masak sebelah atas pula sehingga adunan nampak masak. Ulang sampai habis (20 keping).Letak inti.
Selamat mencuba! :)
READMORE